Saturday, August 13, 2011

aktiviti malam minggu bulan ramadhan..

salam semua..
hope semua sihat.. mlm ni aei ngn adik2 wat biskut raya..
mmg kitaorg saja pilih mlm minggu sbb leh stay up lama skit tuk bakar biskut raya ni..
mlm ni kitaorg wat almond london.. nmpak mcm susah, tp senang n seronok wat biskut ni..
jom kita usha cara nak wat biskut ni k..


Bahan-bahan ( +/- 150 biji )

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.


3 comments: