Thursday, December 27, 2012

Akhir Tahun 2012 - Episod ke 2

Salam semua..
Lebih kurang seminggu lg dah masuk tahun 2013.. Umurku pun makin tua.. Haha.. Apa nak buat, teruskan je la hidup ni seadanya.. Semoga byk rezeki aei tahun dpn.. Kt rumah ni pun tinggal kami brempat je (ayah, mak, azie n aei) eh.. Lupa plak kita ada muaza.. Muaza tu nama kucing aei.. Dia cumel sgt.. Kuat mkn dia tu.. Adik2 aei yg lg dua org tu dah merantau.. Iqa kt kelantan, keje kilang batik, ira plak kt mersing, ambik kursus management.. Smoga sukses la diorg sume 😝

Monday, December 10, 2012

Akhir Tahun 2012 (episod 1)


Salam semua..
Dah lama tak menulis kt blog ni..
Sekejap je aei rasa tahun 2012 ni nk meninggalkan kita..
Byk suka duka yg berlaku tahun ni..
Pertama yg paling akanaei ingat adalah mak aei..
Mak aei mengidap kanser payudara tahap 3,
dia dah pun menjalani pembedahan buang kanser tu,
pastu menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 6 kali dan radioterapi sebanyak 15 kali.. 
Skrg ni, Alhamdulillah mak semakin sihat..
Aei harap sgt mak kuat hadapi dugaan ini.. 

Untuk mak.. "akk syg mak sgt.. akk nk mak happy n bahagia ngn hidup mak.. 
Akk sentiasa disisi mak.. Jgn tinggal akk ye mak.."

Mak saya yang cantik.. Puan Juliana


Bersambung...

Thursday, July 19, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan

Salam semua..

21 Julai 2012 ni dah masuk 1 Ramadhan.. korang dah ganti puasa tak? huhuhu..
seronok masuk bulan ramadhan ni.. leh mkn sahur satu keluarga.. leh g terawih.. ada bazar ramadhan..
boleh wat biskut raya.. hehe.. bersama-sama la kita menambah pahala dalam bulan ramadhan ni k..

Monday, February 20, 2012

~Rawatan Kimoterapi (Pertama)~

Salam semua..

Doktor menyarankan mak aei jalani rawatan kimoterapi sebanyak 6kali..
Rawatan yang pertama pada 3 Feb lalu berjalan lancar.. mula2 doktor muda tu bagi mak
penerangan tentang apa yang akan mak lalui pada 6 rawatan itu nanti..
Saya juga menjadi peneman setia mak.. Nampak mak tenang je.. Hope semua berjalan lancar..

Bila time nak masukkan jarum, ada masalah skit, sbb tak jumpa urat yg sesuai..
tapi nurse yg bertugas tu berusaha juga dan Alhamdulillah, dengan izinnya dapat juga jarum masuk..
Aei nmpak muka mak berkerut2 time jarum dicucuk.. Kesian mak, mesti sakit... sabar ye mak..

Hampir 2jam selesai gak ubat kimoterapi tu dimasukkan dalam badan mak.. Nampak pucat muka mak..
Ayah sedia menemani kami pada hari tu.. so ayah yg drive balik.. saya duk teman mak..
Sepanjang perjalanan, mak tak muntah2, sebab tadi mak dah diberi ubat muntah...
Bila smpai kat rumah, mak duk rehat dan tidur..

Malam nya pulak, mak muntah2.. kesian mak... Ya Allah berilah mak kekuatan..
Semakin hari, mak semakin lemah.. Kadang2 bila ada masa free, bawak gak mak jalan2..
Hirup udara segar.. Tapi mak tak leh terdedah pada umum sgt, sbb imunisasi badan mak lemah..
Mak akan cepat dapat jangkitan.. Kesian mak...

Sekarang ni dah 3 minggu.. next week mak akan jalani rawatan yang kedua...

Tuesday, January 31, 2012

Kimoterapi.. Peritkah?? Kesan Sampingannya....

KIMOTERAPI ialah satu kaedah untuk membunuh sel kanser  yang didapati membelah dengan terlalu cepat sehingga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan kepada tisu badan.Pihak farmasi merekodkan sehingga kini terdapat lebih daripada 100 jenis dadah yang digunakan untuk rawatan kimoterpi.Penggunaannya bergantung kepada jenis kanser,tahap kanser dan lokasi kanser berada.Adakalanya doktor terpaksa menggunakan kombinasi dadah kimoterapi  untuk jenis2 kanser berlainan.”
“Kesan Sampingan Kimoterapi

  •   Pendarahan samaada melalui mulut atau rongga badan yang lain. 
  •   Kekeringan,kulit menjadi bersisik,kering dan berkedut 
  •   Keguguran rambut samaada  sebahagian atau keseluruhan. 
  •   Kebas pada tapak tangan atau kaki. 
  •   Perubahan kepada sistem pendengaran anda.Contohnya bunyi bergaung.
  •   Sering muntah adakalanya disertai darah. 
  •   Bengkak pada sistem deria atau pada organ badan. 
  •   Perubahan kepada warna kulit 9.Mudah dujangkiti penyakit sama ada demam,batuk dsbnya.                 
  •   Kerana   sistem imun telah binasa. 
  •   Kerosakan pada organ penting seperti jantung,hati,saluran darah dsbnya. 
  •   Kelesuan atau tidak bermaya. 
  •   Hilang selera makan



♥ harap mak aei kuat nak tempuh rawatan kimo ini..
    smoga Allah permudahkan urusan mak..
    akak syg mak sgt!!