Friday, August 5, 2011

Roti Gulung Sosej Berkeju

Roti Gulung Sosej Berkeju

Bahan:
4 keping roti digelek nipis
4 keping cheese
4 batang sosej 
1 biji telur dipukul
2 sudu besar serbuk roti 
sedikit serbuk lada hitam

Cara:
1. Di atas roti yang digelek nipis diletakkan sekeping cheese,kemudian taburkan serbuk lada hitam.
2. Letakkan sosej dan gulung kejap.
3. Celupkan ke dalam telur dan golek dengan serbuk roti... goreng minyak banyak.
4. Bila masak,toskan dan potong menyerong.Hidangkan...

Friday, July 29, 2011

Wednesday, July 27, 2011

Selamat Berpuasa

Salam semua..
sekejep je kan,kita dah smpai bulan puasa lagi..
alhamdulillah la tahun ni aei berkesempatan lagi berpuasa di bulan ramadhan..
smoga kita semua dapat byk pahala pada bulan yg mulia ni..
tak sabar gak nak g sembahyang terawih..
harap kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dgn sempurna amin.

pic angry bird dari blog apis..

Monday, July 11, 2011

♥♥bAbY uMaiRah..♥♥

salam semua..

hari ni aei nak kongsi tntnag baby umairah yang comel lagi cute..
baby umairah lahir pada 16 Mei 2011 (bersamaan hari guru) hehe.. leh jadi cikgu ni..
mata hitam umairah besar, suka sgt tngok mata dia.. mulut dia lak dah becok skrg, ada je nak cakap walaupun tak faham, aei layankan je..

hobi dia skrg minum susu n tido je.. hehe.. biasalakan, baby mcm umairah ni tahu wat pe je kan..
nama umairah panjang tau.. RAJA NURUL FATIN UMAIRAH... nasib ko la umairah nak hafal eja nama ko bila masuk tadika nanti.. mama aei harap uamairah akan jadi anak yang baik dan anak soleh k..
sayang kat umairah sgt!!

ni aei nak kongsi gambar-gambar baby umairah k...

hye semua.. nama saya umairah..
saya sayang mama aei..

baby umairah tgh tido.. cute sgt..
Ni tapak kaki umairah.. hehe

ok lah.. sampai disini sahaja.. smoga umairah sihat n ceria slalu ye syg.. ♥♥

Tuesday, June 28, 2011

bila diri ini disygi..

my dear diari..

bila ku sedari, diri ini disygi, rasa hidup lebih bermakna. rasa diri ini dihargai dan kehidupan seharian pun berjalan ngn yakin dan bahagia sekali. tapi kenapa bila kita yakin dan percaya pada dirinya, ada je yang mengguris hati ini.. kenapa bila kepercayaan tu dtg, dia hancurkan hati ni... sedih yg tak terkira.. rasa penat bercinta pun ada.. mungkin dah ditakdirkan diri ni solo.. curahkan kasih syg dan perhatian pada kedua ibu bapa dan adik2.. mungkin itu lebih baik..

rasa syg mmg susah nak hilang, tp kita kena pujuk diri kita sendiri..

Saturday, June 11, 2011

myvixtreme club..

salam semua..

dah lama aei tak update blog aei kan, sibuk skit bulan ni..hehe.. malam tadi bertempat di Restoran Pinang Besar kat Cheng, aei secara rasmi dah jadi team member myvixtreme club.. hehe.. pasni bumblepink aei dapat ramai kwn la.. no ahli aei M035.. ok la.. nak g cuci bumblepink aei la.. cian dia kotor.. jumpa lagi semua.. salam.