Monday, May 2, 2011

"SEGMEN : PENULIS SENJA CARI BLOG BLUE AND PINK "

Salam semua,
Pagi ni aei nak join segmen dari blogger Penulis Senja ni.. Yang mencari blog bertemakan Blue @ Pink..
Aei minat dua-dua colour ni.. Sgt suka Pink, dan sejak akhir-akhir ni, aei gemar gabungkan blue dan pink.. Very nice colour, suka sangat gabungan warna ni.. okey, jom kita view segmen ni..


1. Kenape korang suke kaler pink @ blue?
    - Saya suka sangat pink sebab warna dia lembut dan sedap mata memandang, warna ni juga melambangkan peribadi seseorg yang lebih kepada gegurlz la.. Barangan saya byk pink ( boleh tengok kat entry ~My Pink Stuff~ dan :: my luvly bumblepink... ❤) bagi saya sendiri, pink ni bagi ketenangan pada saya..


2. Jangan luper kutuk-kutuk blog ps nih kay .. ( wajib )  untuk perubahan..
  - Hehe.. nak kena kutuk ke.. saya ni blogger baru, saya ni budak baru belajar.. pada pendapat saya blog Penulis Senja ni simple but entry best-best gak.. Tersusun atur dan tak serabut. Mungkin leh ceriakan lagi warna kat blog dia.. hehe.. 


3. jangan lupe la letak banner ps nih .. tak letak reject haha
Dah letak ni.. hehe

 Okey, semua.. segmen ni hanya untuk blog Blue dan Pink je tau.. Sesiapa nak join juga KLIK SINI..

Macaroon ♥♥


Apa itu Macaroon?
Macaroon ni adalah sejenis kudapan manisan orang perancis yang diperbuat dari ground almond,caster sugar dan putih telur. Dua keping shell diletakkan jem atau filling ditengahnya seperti sandwich.
Apa rasa Macaroon ni?
Crispy kat luar chewy kat dalam tu..bila kita gigit rasa crispy lepas tu kat dalam rasa chewy dan melty gitu..kat tengah ada filling.. ada macam variety filling… Aei nak blaja la wat maracoon ni.. Smoga berjaya!!
Comel dan berwarna warni..
boleh makan ikut warna kesukaan kita..

Selamat Hari Pekerja..

Salam..
Slamat hari pekerja sume..

diam tak diam dah nak setahun aei bekerja.. dlm setahun ni, byk gak pengalaman suka duka yg aei lalui..
1 mei jatuh pada hari ahad, so isnin cuti.. Best gak cuti panjang.. semal dah kuar jln2 ngn incik BF, so hari ni habiskan masa bersama family mencari GEMIS di tepi pantai.. hehe..

Ni la hasilnya setelah berpanas selama 3jam..
Ni dia.. Gemis Sambal.. Sedap di makan begitu sahaja..
Setelah kepenatan mencari gemis, masak-masak dan menikmati kelazatan GEMIS ni.. (◕‿◕✿)

Friday, April 29, 2011

Novel oh novel..

Salam semua..

Hari ni aei just nak kongsi hobi ketika masa lapang.. aei sangat suka baca novel.. dari darjah 6 lagi aei dah mulakan membaca novel ni. Kalau nak kira2 koleksi novel, mmg byk kot.. tapi sebahagian besar novel aei, aei dah dermakan kat library yg aei keje skrg ni.. huhu.. saje wat amal disamping nak menarik minat student2 kolej ni meminjam buku kat library ni.. hehe..

Aei mmg gila membaca novel ni.. Sampaikan time form 4 kena pakai spek dah sbb rabun. kalau cuti tu, baca novel smpai kul 6pagi (sedar2 je ayam dah berkokok.. huhu) Bila dah baca2 tu, kadang2 teremosi lebih skit.. haha (sampai nangis2..) sampai skrg tak ubah tabiat tu.. ada je masa terluang mesti ada novel di tangan ni..

Novel yang paling berbekas dalam hati sampai skrg ni novel OMBAK RINDU...
aei bagi 5 star la kat novel ni.. mmg best gila.. skrg ni novel ni pun dah nak di filemkan.. tak sabar nak tunggu crita ni keluar wayang... huhu..


Aei pasti, ramai gak peminta novel yang tertunggu crita ni kuar wayang kan.. sama2 la kita tunggu crita ni k..
Kepada semua yang minat novel mcm aei.. jom la jengok aei punya RAK BUKU.. hehehe..

Wednesday, April 27, 2011

Hati ada taman..

My dear diari..

Pagi yg gelap, kini sudah terang..
betul kata org, bila hati takde prasangka, hidup kita pun aman bahagia.. bila hati ni penuh dgn curiga, rasa tak tenteram je hidup ni, ada je yg salah. nak wat keje apa pun takde mood..

Tapi pagi ni senyum sampai ke telinga, rasa indah je pagi ni..
Bangun pagi senyum, mandi, solat bersiap g keje. Drive pun 60km/j hehe sbb bangun awal. Kalau hati tak tenteram mesti drive 120km/j.. huhu.. bahayakan..

Hari dapat pengajaran, untuk tenagkan hati dan fikiran kita kena berfikiran terbuka dan byk bersabar ngn ujiannya.. Semoga, apa yg kita jalani seharian akan lebih bermakna utk diri kita..
Be good girl aei.. hehe..

Tuesday, April 26, 2011

Sabar itu Indah..

my dear diari...

semalam.. byk yg berlaku..
tapi byk sedih dari gembira la, sebelum tu aei nak kongsi
kat sini, hari isnin hari tu, aei dpt surat dari DBP..
temuduga hari tu dah berjaya tp dalam calon simpanan..
Alhamdulillah.. ada sedikit kejayaan walaupun baru calon simpanan...
Aei taknak cerita sedih dah.. malas nak fikir, nanti ganggu privacy
org lain, so biar la hati ni je yg tahu.. huhuhu..

Sabar itu indah.. kita pasti dapat apa je yg kita nak dgn usaha
dan sifat sabar kita.. Kita mesti kuat melawan musuh SABAR iaitu:

1. TERGESA-GESA: Sekiranya apa je yg kita hajati tu lambat ditunaikan,
    maka lesaplah sifat sabar kita. Itu dah mmg sifat semulajadi manusia.

2. PUTUS ASA : Kita jgn ada sifat putus asa. Gagal sekali bukannya kita
    gagal selamanya. Kita mesti bangkit dan usaha lebih lagi.

3. MARAH : Ini yang paling selalu kita hadapi, tak dinafikan aei pun susah
    nak tahan sabar bila dah marah. Tapi marah masih diperlukan saat tertentu.
    Kalau kita dapat mengatasi marah kita, alangkah indahnya dunia.. huhu..

Jika ketiga-tiga musuh sabar ini masih ada dalam diri kita, maka mmg susahlah
untuk kita memupuk sabar dalam diri... halau lah musuh-musuh ni jauh2 k..


 

Monday, April 25, 2011

Duit Oh Duit..

My dear diari..

DUIT.. semua org memerlukan nya..
ada org sampai wat apa saje kerana duit, ada yg sanggup gadai nyawa semata-mata nak dapat duit.. Gadai maruah pun ada, ragam manusia mcm2 kat dunia ni..

Saya skrg ni tgh fikir2 mcm mana nak tambah duit, memang gaji tiap2 bulan masuk, tapi simpanan leh wat sikit je.. Bln 7 ni nak idup roadtax.. first payment so mahal gak la.. dlm seribu lebih.. (mak ai, jenuh gak nak kumpul ni..) nak taknak kena gak bayar..

Mulai sekarang, kena berjimat cermat la cik aei ye.. jgn nak membazir kat benda2 tak patut tu.. huhu..


P/S: berjimat cermat amalan mulia... ^_^