Tuesday, November 17, 2015

Makanan Pertama Bayi..


Salam semua..

Pagi tadi iqbal rizqi g timbang kat Klinik Kesihatan.. Nurse kata berat iqbal leh tahan berat.. nurse suruh kurangkan susu dan bagi dia makan, so aei pun bertekad nak bg iqbal secukupnya makanan supaya dia tak kerap sgt dengan susu.. 

Disebabkan ni pengalaman pertama, aei pun google la tips-tips, petua cara-cara nak sediakan makanan untuk si iqbal.. harap iqbal suka la apa-apa yg ibu masakkan ye.. jgn memilih tau.. ibu ngaku ibu tak pandai masak.. hahaha...

sedap gak terung ni.. hihi
saya ada misai la..



















Kat sini aei nak share skit la tips-tips yang aei dapat dari Mr. Google.. 
  1. Tidak mendesak anak mengambil makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal. Ikut mood dia, if kita paksa-paksa pun nanti dia muak, macam nak muntah.
  2. Makanan pertama yang disyorkan adalah puree. Pelbagai puree yang kita leh sediakan pada bayi kita, antaranya puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot (puri buah-buahan- namun elakkan buah-buahan citrus) yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair (tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, ya, itu yang sepatutnya) (◕‿◕✿)
  3. Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging merah, makanan laut- ia akan meningkatkan risiko alergi. Garam dan gula juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini, ginjal bayi masih belum matang untuk memproses Natrium (garam)
  4. Minggu kedua, mungkin ibu boleh cuba dengan sayur-sayuran pula. Pilihan sayur juga haruslah sayur yang sesuai, tidak pahit (peria, petola), tidak bergas (seperti kobis, brokoli). Pilihan sayuran yang paling baik adalah puree labu, puree kentang, puree lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.
  5. Ibu-ibu hendaklah berikan bayi mencuba setiap resepi yang anda buat. Jika anak menolak (mungkin tidak kena dgn tekaknya – tak suka mungkin), jgn dipaksa bayi untuk terima. Cuba tackle dengan resepi lain. Perlu diingat, bayi kita juga mempunyai deria rasa. (please jgn memilih ye syg) 
  6. Bubur nasi yang cair (untuk bayi yang baru mula menerima makanan, bubur nasi mestilah sedikit cair untuk mengelakkan sembelit- sebelum ini menyusu dgn susu ibu selama 6 bulan – mudah dihadam – jadi jgn terburu2 memberi bubur nasi yang pekat) – bubur bolehlah mula di perkenalkan semasa bayi sudah mula biasa dengan makanan. Jangan juga paksa anak untuk habiskan bubur nasi kita. Perut bayi semasa ini adalah sebesar segenggam tangannya. 
  7. Apabila memperkenalkan makanan kepada bayi 6 bulan, anda boleh aplikasikan “4 day rule” – iaitu memberi anak makanan yang sama (contoh jika puree epal, teruskan selama 4 hari) untuk melihat/spot jika ada masalah penghadaman mahupun allergi kepada bayi anda. 
  • Perhatikan keadaan bayi selama 4 hari samada bayi serasi dan boleh menerima makanan tersebut. Lain anak, lain makanannya. Jika bayi allergi kepada makanan, ianya akan mungkin muncul 1/2 jam, 2-3 hari selepas makanan diambil. 
  • Begitu juga dgn masalah penghadaman. Anda boleh pastikan najis bayi, samada keras ataupun cirit birit. Begitu juga dengan gas/colic yang dialami anak. Jika perkara di atas berlaku selama 4 hari, maknanya anda harus menghentikannya buat sementara waktu dan tunggu sehingga anak besar sedikit. Jika ok, teruskan!
Tips makanan apa yang harus dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan kepada anak anda (1st solid food- 6-7 months). Ianya adalah:
  • Telur (terutamanya telur putih), – mengandungi bakteria salmonella
  • Susu lembu/dairy products
  • Makanan laut
  • Kekacang
  • Citrus food
  • Yis, cheese (keju)
  • MADU (dilarang sama sekali – ianya bertoksin)
Semoga tips ini dapat membantu ibu-ibu newbie mcm saya ni.. TQ.


Sunday, November 15, 2015

Alhamdulillah.. Syukur..

Bismillahirahmanirrahim..

Salam..

Lama da tak menulis, sibuk dengan dunia yg makin sibuk ni.. pas kahwin macam2 berlaku, suka duka hidup, suami tetap disisi, skrg alhamdulillah kami telah bertiga.. Muhammad Iqbal Rizqi nama diberi, pelengkap chenta aei dan apis.. Macam2 dugaan yg Allah SWT bagi, tp tetap bagi rezeki yang tak terhingga pada kami.

Jom kita berkenalan ngn Iqbal Rizqi...

Maksud Nama:

Muhammad - Yang Terpuji, Dirahmati
Iqbal            -  Kejayaan, Pujangga Muslim, Kemajuan
Rizqi            - Rezeki kurnian Allah

Puas jugaklah ibu ngn abah nak cari nama tu, hihi.. iqbal abh yg bagi, rizqi ibu yang bagi.. so bila gabung jadilah Muhammad Iqbal Rizqi...

Newborn Iqbal Rizqi
Masa mengandungkan iqbal alhamdulillah, tak banyak ragam anak ibu ni, ibu tak muntah-muntah cuma teringin sangat makan buah delima, dapat gak makan.. masa nak bersalin je ada masalah skit, doc kata baby mcm besar so kena cezer.. tp dia kuar takla besar sgt, 3.5kg je.. hihi.

First time kuar jln ngn iqbal..














Pas bersalin berpantang di Melaka je, umah mak aei, first time berpantangkan byk benda nk kena belajar, iqbal ada nangis mlm skit la, tapi lama2 dia ok dan dapat sesuaikan dengan keadaan.. Encik suami banyak membantu.. Rasa dihargai dan disayangi sangat.. Alhamdulillah dikurniakan suami yang baik dan penyayang.. mak pun banyak bantu masa dalam pantang, semoga Allah bagi kesihatan yang baik pada mak..

Jom kita tengok gelagat buah hati Ibu dan Abah ni...

Iqbal kena pekung.. cucu banjarkan..
Sekarang ni da lapan bulan.. Mulut da bising nak cakap.. Geram ibu.. Buat ibu rindu selalu.. Sayang Iqbal Sangat..  



Ibu doakan Iqbal Rizqi akan menjadi anak yang soleh, yang akan berbakti kepada ibu, abah, agama serta negara, dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik.. love u syg.. 

Wednesday, August 6, 2014

Raikan Cinta Aei & Apis

Salam semua..

30 Mei 2014.. Alhamdulillah akhirnya kami disatukan di satu majlis yg serba ringkas tp meriah dengan kehadiran saudara mara dan rakan rakan terdekat. 31 Mei 2014 majlis sanding kami diraikan di Dewan Masjid Ar Rasyidin.. Semuanya berjalan lancar, terima kasih pada semua yang membantu melancarkan lagi majlis kami..





Thursday, March 20, 2014

A Thousand Year

The day we met
Frozen I held my breath
Right from the start
I knew that I'd found a home for my heart...
Beats fast
Colors and promises
How to be brave?
How can I love when I'm afraid to fall?
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more...

I'll love you for a thousand more...

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more


And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

Monday, March 10, 2014

Mac sudah datang...

salam semua..

kejap je da bulan Mac, cepat betul masa berlalu.. Persiapan kahwin macam tak complete lagi je..
Perasaan sekarang ni mcm serabut je.. Byk benda nak settle kan..Borang nikah ichik tunang tengah proses kat tempat dia.. Smoga Allah permudahkan urusan kami.. In Sya Allah..


Tuesday, December 17, 2013

5 bulan sebelum menjadi isteri orang..

Salam semua,

Malam ni duty malam, so saja nak conteng-conteng kat blog ni.. hehe.. korang sume pekhabar.. kalau ikut aplication kat tepon saya ni ada masa dalam 163 hari lagi..


Perasaan sekarang ni... huhu.. takde perasaan pun.. 

Tuesday, December 10, 2013

Our E-Day..

Salam semua...

Rasanya lama dah aei tak update blog ni.. kejap dah penghujung tahun 2013, untuk tahun ni macam-macam da peristiwa yang aei lalui.. yang paling bermakna buat aei sekarang ni aei da jadi 'tunangan orang'.. Tunangan kepada Inchik Apis yg hensem.. Alhamdulillah, Setelah 4 tahun berkawan dan bercinta bertunang gak kami.. Majlisnya InSyaAllah bln Mei tahun depan.. Sekarang ni pun da tinggal lebih kurang 5 bulan je lagi.. Cepat masa sekarang ni berjalan mengejar kita..

One step closer..

Nak PINK jugak..
BFF Nina n Ekyn..




Doorgift
                                                                                                                                             
Sebahagian hantaran.. 


Sunday, March 10, 2013

Harapan

Harapan.. Impian.. dan Kebahagian..
semua orang nak bahagia, tp tak semudah tu nak bahagiakan?
byk dugaan dan cabaran utk kita nikmati bahagia..

Hati ini, bila sakit, tak dapat ditanggung sakitnya,
dah cakap jgn syg sgt, tp degil..
bila kita dilupakan kita akan jatuh terduduk..
sakit sgt.. teramat sakit..

Hati, kuatla kau..
masih ramai yg syg...
kau ada family yg sygkan kau,
kau ada kwn-kwn yg sudi teman kau,
kau ada kerja yg menjadi tanggungjawab kau..

Biarla apa yg berlaku..
lepaskanla ia pergi..
semoga bahagia lain akan dtg..


Tuesday, January 15, 2013

Januari 2013

Salam semua..
Alhamdulillah.. Kita dah masuk tahun 2013, kejap je masa berjalan.. huhu.. makin tua la aei tahun ni..
Takpe.. Takpe.. kita nikmati hidup ni selagi boleh dengan perasaan gembira dan ceria disamping
orang-orang yang menyayangi aei..

Tak terlambat lagi nak crita pasal azam baru kan.. hahaha... Apa azam tahun baru korang?
Ceh.. ceh.. ceh.. pandai lak nak tahu azam baru org kan.. Azam aei untuk tahun ni nak wat mak aei happy..
Nak melangkah alam yg lebih baik.. maybe jadi tunangan org ke.. huhu.. tak malu la aei ni.. ada ke org nak kat aei ni.. sedih lak tetiba kan.. InsyaAllah, ada jodoh tak kemana..

Tahun ni gak nak jadikan library yg aei keje ni lebih menarik ramai student datang.. huhu.. korang rasa apa yg patut aei buat?? mmmm.. maybe kena tambah krusi dan meja yg lebih selesa kot.. pastu nak wat kempen besar besaran suruh diorg dtg library kan.. jeng.. jeng.. kita wat lucky draw ke kan.. tp tula.. nak kena cari sponser la.. huhuhu.. takpe.. usaha tangga kejayaan.. u ca do it!

Sape la Woody aei ek?

Kenangan g Langkawi

Thursday, December 27, 2012

Akhir Tahun 2012 - Episod ke 2

Salam semua..
Lebih kurang seminggu lg dah masuk tahun 2013.. Umurku pun makin tua.. Haha.. Apa nak buat, teruskan je la hidup ni seadanya.. Semoga byk rezeki aei tahun dpn.. Kt rumah ni pun tinggal kami brempat je (ayah, mak, azie n aei) eh.. Lupa plak kita ada muaza.. Muaza tu nama kucing aei.. Dia cumel sgt.. Kuat mkn dia tu.. Adik2 aei yg lg dua org tu dah merantau.. Iqa kt kelantan, keje kilang batik, ira plak kt mersing, ambik kursus management.. Smoga sukses la diorg sume 😝

Monday, December 10, 2012

Akhir Tahun 2012 (episod 1)


Salam semua..
Dah lama tak menulis kt blog ni..
Sekejap je aei rasa tahun 2012 ni nk meninggalkan kita..
Byk suka duka yg berlaku tahun ni..
Pertama yg paling akanaei ingat adalah mak aei..
Mak aei mengidap kanser payudara tahap 3,
dia dah pun menjalani pembedahan buang kanser tu,
pastu menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 6 kali dan radioterapi sebanyak 15 kali.. 
Skrg ni, Alhamdulillah mak semakin sihat..
Aei harap sgt mak kuat hadapi dugaan ini.. 

Untuk mak.. "akk syg mak sgt.. akk nk mak happy n bahagia ngn hidup mak.. 
Akk sentiasa disisi mak.. Jgn tinggal akk ye mak.."

Mak saya yang cantik.. Puan Juliana


Bersambung...

Thursday, July 19, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan

Salam semua..

21 Julai 2012 ni dah masuk 1 Ramadhan.. korang dah ganti puasa tak? huhuhu..
seronok masuk bulan ramadhan ni.. leh mkn sahur satu keluarga.. leh g terawih.. ada bazar ramadhan..
boleh wat biskut raya.. hehe.. bersama-sama la kita menambah pahala dalam bulan ramadhan ni k..

Monday, February 20, 2012

~Rawatan Kimoterapi (Pertama)~

Salam semua..

Doktor menyarankan mak aei jalani rawatan kimoterapi sebanyak 6kali..
Rawatan yang pertama pada 3 Feb lalu berjalan lancar.. mula2 doktor muda tu bagi mak
penerangan tentang apa yang akan mak lalui pada 6 rawatan itu nanti..
Saya juga menjadi peneman setia mak.. Nampak mak tenang je.. Hope semua berjalan lancar..

Bila time nak masukkan jarum, ada masalah skit, sbb tak jumpa urat yg sesuai..
tapi nurse yg bertugas tu berusaha juga dan Alhamdulillah, dengan izinnya dapat juga jarum masuk..
Aei nmpak muka mak berkerut2 time jarum dicucuk.. Kesian mak, mesti sakit... sabar ye mak..

Hampir 2jam selesai gak ubat kimoterapi tu dimasukkan dalam badan mak.. Nampak pucat muka mak..
Ayah sedia menemani kami pada hari tu.. so ayah yg drive balik.. saya duk teman mak..
Sepanjang perjalanan, mak tak muntah2, sebab tadi mak dah diberi ubat muntah...
Bila smpai kat rumah, mak duk rehat dan tidur..

Malam nya pulak, mak muntah2.. kesian mak... Ya Allah berilah mak kekuatan..
Semakin hari, mak semakin lemah.. Kadang2 bila ada masa free, bawak gak mak jalan2..
Hirup udara segar.. Tapi mak tak leh terdedah pada umum sgt, sbb imunisasi badan mak lemah..
Mak akan cepat dapat jangkitan.. Kesian mak...

Sekarang ni dah 3 minggu.. next week mak akan jalani rawatan yang kedua...

Tuesday, January 31, 2012

Kimoterapi.. Peritkah?? Kesan Sampingannya....

“KIMOTERAPI ialah satu kaedah untuk membunuh sel kanser  yang didapati membelah dengan terlalu cepat sehingga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan kepada tisu badan.Pihak farmasi merekodkan sehingga kini terdapat lebih daripada 100 jenis dadah yang digunakan untuk rawatan kimoterpi.Penggunaannya bergantung kepada jenis kanser,tahap kanser dan lokasi kanser berada.Adakalanya doktor terpaksa menggunakan kombinasi dadah kimoterapi  untuk jenis2 kanser berlainan.”
“Kesan Sampingan Kimoterapi”

  •   Pendarahan samaada melalui mulut atau rongga badan yang lain. 
  •   Kekeringan,kulit menjadi bersisik,kering dan berkedut 
  •   Keguguran rambut samaada  sebahagian atau keseluruhan. 
  •   Kebas pada tapak tangan atau kaki. 
  •   Perubahan kepada sistem pendengaran anda.Contohnya bunyi bergaung.
  •   Sering muntah adakalanya disertai darah. 
  •   Bengkak pada sistem deria atau pada organ badan. 
  •   Perubahan kepada warna kulit 9.Mudah dujangkiti penyakit sama ada demam,batuk dsbnya.                 
  •   Kerana   sistem imun telah binasa. 
  •   Kerosakan pada organ penting seperti jantung,hati,saluran darah dsbnya. 
  •   Kelesuan atau tidak bermaya. 
  •   Hilang selera makan



♥ harap mak aei kuat nak tempuh rawatan kimo ini..
    smoga Allah permudahkan urusan mak..
    akak syg mak sgt!!

Tuesday, November 22, 2011

Tak Sabar :)

Salam Semua..

Smoga hari2 kita semua lebih baik dari semalam.. Malam tadi tengok tayangan Ombak Rindu kat Astro Prima.. Best sgt, tapi kejap je.. dia tayang 30minit je.. Kalau nak tngok sambungan tngok kat panggung k.. jom.. 1 dis 2011 ni kuar tau.. Pasti meletop!!

Wednesday, October 5, 2011

~wayang time~

my dear diari..

mlm td g tngok wyg ngn incik BF.. dah lama kot tak g menonton.. kitaorg smpai lewat gak, nasib ada seat lagi.. dtg je terus masuk, mula2 tak plan gak nak tngok wyg, so tak la bwk sweater.. sejuk menggigil la suk kat dlm tu.. nasib crita best.. asyik gelak je.. nak tahu kitaorg tngok crita apa?? hehe.. crtite ni la..


Serius lawak.. kalau korang nak hilangkan tension tngok la crita ni.. hilang jap ar masalah yg berserabut kat kepala.. k la.. nk smbung keje.. jumpa lagi..

Monday, September 19, 2011

miss librarian

bukan senang kot nak jadi librarian ni.. kena tahu semua benda supaya kita leh bgtahu org apa yg diaorg tak tahu.. nak manage satu library yg kecik ni pun agak payah gak.. mcm2 nak kena fikir.. sabo2.. kena wat tindakan yg bernas dan drastik.. smoga Allh permudahkan segala urusan.. amin.

Sunday, August 28, 2011

tak semua org bertuah..

salam semua..

bertuah la kan jika kita dapat apa g kita nak.. bertuah gak bila kita dihargai dan disygi oleh yg kita syg...
tapi tak semua org bertuah.. kadang2 bila kita dah wat segalanya utk org yg kita syg, tp semuanya sia2 je.. tak rasa pun diri ni dihargai.. lebih menghargai diri org lain daripada diri kita sendiri..  lebih baik sendiri...

biarkan ia pergi, usah dikesalkan..

Sunday, August 14, 2011

Kisah dongeng..

Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja






Saturday, August 13, 2011

aktiviti malam minggu bulan ramadhan..

salam semua..
hope semua sihat.. mlm ni aei ngn adik2 wat biskut raya..
mmg kitaorg saja pilih mlm minggu sbb leh stay up lama skit tuk bakar biskut raya ni..
mlm ni kitaorg wat almond london.. nmpak mcm susah, tp senang n seronok wat biskut ni..
jom kita usha cara nak wat biskut ni k..


Bahan-bahan ( +/- 150 biji )

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.