Tuesday, November 17, 2015

Makanan Pertama Bayi..


Salam semua..

Pagi tadi iqbal rizqi g timbang kat Klinik Kesihatan.. Nurse kata berat iqbal leh tahan berat.. nurse suruh kurangkan susu dan bagi dia makan, so aei pun bertekad nak bg iqbal secukupnya makanan supaya dia tak kerap sgt dengan susu.. 

Disebabkan ni pengalaman pertama, aei pun google la tips-tips, petua cara-cara nak sediakan makanan untuk si iqbal.. harap iqbal suka la apa-apa yg ibu masakkan ye.. jgn memilih tau.. ibu ngaku ibu tak pandai masak.. hahaha...

sedap gak terung ni.. hihi
saya ada misai la..



















Kat sini aei nak share skit la tips-tips yang aei dapat dari Mr. Google.. 
  1. Tidak mendesak anak mengambil makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal. Ikut mood dia, if kita paksa-paksa pun nanti dia muak, macam nak muntah.
  2. Makanan pertama yang disyorkan adalah puree. Pelbagai puree yang kita leh sediakan pada bayi kita, antaranya puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot (puri buah-buahan- namun elakkan buah-buahan citrus) yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair (tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, ya, itu yang sepatutnya) (◕‿◕✿)
  3. Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging merah, makanan laut- ia akan meningkatkan risiko alergi. Garam dan gula juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini, ginjal bayi masih belum matang untuk memproses Natrium (garam)
  4. Minggu kedua, mungkin ibu boleh cuba dengan sayur-sayuran pula. Pilihan sayur juga haruslah sayur yang sesuai, tidak pahit (peria, petola), tidak bergas (seperti kobis, brokoli). Pilihan sayuran yang paling baik adalah puree labu, puree kentang, puree lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.
  5. Ibu-ibu hendaklah berikan bayi mencuba setiap resepi yang anda buat. Jika anak menolak (mungkin tidak kena dgn tekaknya – tak suka mungkin), jgn dipaksa bayi untuk terima. Cuba tackle dengan resepi lain. Perlu diingat, bayi kita juga mempunyai deria rasa. (please jgn memilih ye syg) 
  6. Bubur nasi yang cair (untuk bayi yang baru mula menerima makanan, bubur nasi mestilah sedikit cair untuk mengelakkan sembelit- sebelum ini menyusu dgn susu ibu selama 6 bulan – mudah dihadam – jadi jgn terburu2 memberi bubur nasi yang pekat) – bubur bolehlah mula di perkenalkan semasa bayi sudah mula biasa dengan makanan. Jangan juga paksa anak untuk habiskan bubur nasi kita. Perut bayi semasa ini adalah sebesar segenggam tangannya. 
  7. Apabila memperkenalkan makanan kepada bayi 6 bulan, anda boleh aplikasikan “4 day rule” – iaitu memberi anak makanan yang sama (contoh jika puree epal, teruskan selama 4 hari) untuk melihat/spot jika ada masalah penghadaman mahupun allergi kepada bayi anda. 
  • Perhatikan keadaan bayi selama 4 hari samada bayi serasi dan boleh menerima makanan tersebut. Lain anak, lain makanannya. Jika bayi allergi kepada makanan, ianya akan mungkin muncul 1/2 jam, 2-3 hari selepas makanan diambil. 
  • Begitu juga dgn masalah penghadaman. Anda boleh pastikan najis bayi, samada keras ataupun cirit birit. Begitu juga dengan gas/colic yang dialami anak. Jika perkara di atas berlaku selama 4 hari, maknanya anda harus menghentikannya buat sementara waktu dan tunggu sehingga anak besar sedikit. Jika ok, teruskan!
Tips makanan apa yang harus dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan kepada anak anda (1st solid food- 6-7 months). Ianya adalah:
  • Telur (terutamanya telur putih), – mengandungi bakteria salmonella
  • Susu lembu/dairy products
  • Makanan laut
  • Kekacang
  • Citrus food
  • Yis, cheese (keju)
  • MADU (dilarang sama sekali – ianya bertoksin)
Semoga tips ini dapat membantu ibu-ibu newbie mcm saya ni.. TQ.


No comments:

Post a Comment